counter

Thursday 27 November 2014

LATIHAN MICROSOFT POWER POINT

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia....

Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Latihan Microsoft Power Point untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.  Latihan ini telah diadakan pada hari Khamis, 27 November 2014, jam 11:00 pagi sehingga 1:00 petang di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3.  Seramai 10 orang peserta telah mendaftar pada hari tersebut.  Sasaran latihan ini lebih kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti di musim cuti persekolahan ini.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan memahami penggunaannya dengan lebih meluas.  Selain daripada itu, latihan ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam tentang teknologi kepada pelajar-pelajar sekolah.  Matlamat latihan ini adalha untuk memberi pendedahan tentang teknologi maklumat kepada mereka.  Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain.  Objektif utama latihan ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya dapat mempraktikkan ilmu tersebut untuk masa hadapan.

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah ice breaking session, pengenalan kepada program klik dengan bijak, microsoft power point dan sesi pembentangan bagi setiap orang.  Sesi pembentangan ini dilakukan supaya dapat melihat sejauh mana keberanian setiap individu bagi berhadapan dengan orang ramai satu hari nanti.  Dalam masa yang sama juga, ini dapat memberikan mereka lebih pengetahuan tentang kegunaan teknologi pada masa kini.

Selain itu juga, aktiviti individu juga disediakan bagi memberikan pelajar-pelajar peluang untuk melaksanakan secara praktikal dan hendaklah dibentangkan secara individu.  Secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.























Sunday 23 November 2014

BENGKEL KEUSAHAWANAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PRESINT 9 FASA 3

Assalamualaikum...Morning...Pagi Ahad yang mendamaikan...menenangkan...menyejukkan..mesti ramai yang masih terlentok..terlena..=)


Semalam berlangsungnya Bengkel Keusahawanan yang pertama dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 untuk komuniti setempat.  Bengkel ini diadakan pada hari Sabtu, 22 November 2014.  Seramai 12 orang peserta telah mendaftar pada hari tersebut.  Sasaran bengkel keusahawanan ini lebih kepada komuniti setempat yang berumur18 tahun ke atas.

Tujuan bengkel keusahawanan ini diadakan adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjalankan perniagaan mereka sendiri.  Selain daripada itu, bengkel ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang kaitan diantara teknologi dan keusahawanan kepada komuniti setempat. 

Matlamat bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang teknologi maklumat dan keusahawanan kepada mereka. Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minat komuniti setempat untuk menjalankan perniagaan sendiri dan mereka juga diberikan peluang untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain.  

Objektif utama bengkel ini adalah untuk menggalakkan komuniti setempat menceburi bidang keusahawanan dan dalam masa yang sama dapat mempraktikkan ilmu keusahawanan tersebut untuk masa hadapan.

Aktiviti yang dijalankan adalah ice breaking session, pengenalan tentang keusahawanan, pengenalan kepada Microsoft Word dan juga Microsoft Power Point.  Sesi perkongsian ilmu ini lebih kepada pengenalan kepada peserta cara untuk membuat kad jemputan, risalah, kad perniagaan, kain rentang, pembentangan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk membangunkan perniagaan mereka akan datang.  Dalam masa yang sama juga, ini dapat memberika mereka lebih pengetahuan tentang kegunaan teknologi untuk keusahawanan.
















Wednesday 5 November 2014

LATIHAN PENGENALAN MOVIE MAKER ONLINE

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia...

Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 kali ini telah mengadakan Latihan Pengenalan Movie Maker Online untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3.  Latihan ini diadakan pada hari Khamis, 5 November 2014, jam 3:00 petang hingan 5:00 petang.

Tujuan Latihan Pengenalan Movie Maker Online ini adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan baru kepada mereka untuk digunakan pada masa hadapan.  Selain daripada itu, latihan ini diberikan bagi menambahkan kemahiran dan mahu mereka lebih memahami apakah penggunaannya.

Sasaran Latihan Pengenalan Movie Maker Online ini adalah komuniti dan terbuka kepada semua peringkat umur tidak kira muda ataupun tua.

Seramai 6 orang pelajar sekolah telah menyertainya.











Masing-masing ikut minat sendiri...Terima kasih kepada adik-adik yang hadir.. Jumpa lagi..

Sunday 2 November 2014

LATIHAN PENGENALAN MENGENAI MICROSOFT POWER POINT

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia kepada semua..

Harini 2 November 2014 pada jam 4:00 petang sehingga 5:00 petang telah diadakan Latihan Pengenalan mengenai Microsoft Power Point dan disertai oleh 10 orang pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah...

Aktiviti yang diadakan adalah ice breaking session, program klik dengan bijak dan microsoft power point.  Tujuan Latihan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan memahami penggunaannya dengan lebih meluas.  Selain daripada itu, latihan ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam tentang teknologi kepada pelajar-pelajar sekolah.


Matlamat latihan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknologi maklumat kepada mereka. Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain.  Objektif utama Latihan ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya dapat mempraktikkan ilmu tersebut untuk masa hadapan.