counter

Sunday 25 January 2015

KELAS ICT (PAINT & PENANDA BUKU)

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia....

Pada hari Sabtu yang lepas, 24 Januari 2015..telah diadakan kelas ICT (Paint dan membuat penanda buku) bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah.  Seramai 10 orang peserta telah menyertainya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah  sesi suai kenal, tayangan video klik dengan bijak dan sedikit penerangan mengenainya, mempelajari paint dan juga membuat penanda buku...








































Terima kasih kepada adik-adik yang sudi datang untuk menuntut ilmu...=)

Tuesday 20 January 2015

HARI RAMAH MESRA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PRESINT 9 FASA 3

Salam 1 Malaysia....

Tanggal 17 Januari 2015 pada hari Sabtu  yang lepas telah berlangsungnya Hari Ramah Mesra Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3, Putrajaya...Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah kami sediakan bagi menarik komuniti untuk turut serta dalam aktiviti yang disediakan itu.  Aktiviti yang disediakan lebih kepada mengeratkan hubungan silaturrahim, berkongsi idea dan pengalaman masing-masing, bersuka-ria dan banyak lagi.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Senamrobik, Inspirasi Usahawan daripada pihak MARA, Program Klik dengan Bijak, Kuiz Genius Komputer Sekolah Rendah & Menengah, Pertandingan Teka Bilangan Kacang, Pertandingan Gubahan Hantaran dan juga Pertandingan Karaoke.  Selain daripada itu, pendaftaran keahlian adalah PERCUMA..Cabutan bertuah dan sarapan pagi disediakan...yang penting Goodies Bag yang diberikan sangat-sangat menarik...

Program Hari Ramah Mesra ini dijalankan kerana  untuk menarik minat mereka berkunjung dan mengenal dengan lebih lanjut apa itu PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA...


































































































Terima kasih kepada komuniti yang sudi menyertai program Hari Ramah Mesra Pusat Internet Presint 9 Fasa 3...  Mohon maaf andai pihak kami terkurang layanan, terkasar bahasa..Yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari kami sendiri...Sehingga berjumpa lagi di program yang akan datang...