counter

Tuesday 28 April 2015

INTERNATIONAL TELECOMMUNICATION UNION (ITU) - CONTEST

Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia.....

Pada Jumaat lepas 24 April 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 telah pun bersama-sama dengan 16 orang peserta terdiri daripada 13 orang peserta lelaki dan 3 orang peserta perempuan bagi program International Telecommunication Union.  Kami telah membantu adik-adik untuk memasuki contest yang diadakan bersempena dengan 150th anniversary International Telecommunication Union...

Lihat la..betapa bersemangatnya adik-adik untuk menyertai pertandingan ini...




















Wednesday 22 April 2015

INTERNATIONAL TELECOMMUNICATION UNION (ITU)

International Telecommunication Union (ITU) akan menyambut ulang tahun yang ke 150 pada tahun ini dan sempena sambutan itu, ITU akan menganjurkan beberapa aktiviti di mana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dan menjadi pemenangnya...

1.  Pertandingan Melukis bagi umur 5 - 16 tahun sahaja.

-  Syarat-syarat penyertaan
-  Surat kebenaran memasuki pertandingan
-  Tajuk pertandingan

BOLEH DAPATKAN DI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PRESINT 9 FASA 3...

2.  Ucapan "Happy 150th Birthday" kepada ITU melalui mesej video

-  Kami menjemput komuniti dan pengguna setia PI1M kami untuk merakam mesej "Selamat Hari
   Jadi"  kepada ITU.
-  Mesej ini tidak perlu panjang atau dirakam secara profesional.  Mesej ini hanya diisyaratkan selama
   20 saat dengan menggunakan telefon pintar anda sahaja pun boleh..
-  Sila hadir ke PI1M kami untuk sesi rakaman dan kami akan menemubual anda  sebelum dihantar ke
   ITU melalui pihak SKMM.
-  Video yang dipilih akan dipaparkan melalui saluran media sosial ITU dan SKMM dan juga akan
   dimainkan semasa ITU's global event pada 17 Mei 2015..
-  3x Lukisan Terbaik dan 3x Video Terbaik akan menerima RM500 untuk setiap pemenang.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 1 Mei 2015..Sila hantar penyertaan anda kepada kami di PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PRESINT 9 FASA 3..Hanya satu (1) penyertaan sahaja yang dibenarkan bagi setiap orang..

Dan bagi sesiapa yang nak buat sama-sama dengan pihak pengurusan PI1M Presint 9 Fasa 3..aktiviti ini akan dijalankan pada hari Jumaat 22 April 2015 jam 3:00 petang...

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI...



















Tuesday 14 April 2015

AKTIVITI YANG BAKAL DIJALANKAN PADA BULAN APRIL 2015 INI!!!!

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia kepada seluruh warga Putrajaya yang dikasihi...

Rasa macam agak lama tak buat program yang best-best kan...haaaaa..nak bagi tahu...pada 24 April 2015 Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 akan menjalankan Program ICT kepada adik-adik..haaa jangan salah faham ye..program yang diadakan ini akan dijalankan pada sebelah petang selepas adik-adik semua habis sekolah...yang mana rasa tak ada buat apa-apa tu..moh le kita singgah reramai menuntut ilmu sedikit untuk masa emas adik-adik yang tak digunakan tu....

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Prgoram klik dengan bijak.  Cara adik-adik melayari internet dengan betul.  Cara adik-adik pilih laman web yang ingin dikunjungi..Ingat ye adik-adik salah klik boleh membawa padah..  Selain itu, aktiviti membuat puzzle dengan menggunakan powerpoint akan diadakan bagi menguji minda dan kreativiti adik-adik...haaa..nak join tak...kalau nak join hari jumaat 24 April 2015 jam 3:00 petang ye adik-adik..bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3..Fasa 3 tau....yang paling penting..yang paling mengancam...PROGRAM INI ADALAH PERCUMAAAAAA...PERCUMAAA TAU..TANPA BAYARAN..TANPA GST.....TANPA TAX YANG TERSEMBUNYI..haaaa gitu....bagi pakcik-pakcik..makcik-makcik..yang rasa nak belajar ICT boleh terus berhubung dengan pihak pengurusan PI1M P9F3...tiada caj tersembunyi...Niat kami ingin membantu anda-anda semua...Sekian, Terima Kasih...

Jumpa nanti ye...