Pada 29 Mei 2015, telah berlangsungnya kelas ICT yang kedua dalam bulan Mei 2015. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada adik-adik komuniti Presint 9. Pada kali ini, kelas diadakan pada sebelah petang.
Kelas latihan ICT ini telah diadakan bermula pada pukul 3:30 pagi sehingga 5:30 petang. Ia melibatkan seramai 16 orang pelajar lelaki yang merupakan ahli dan bukan ahli PI1M Presint 9 Fasa 3. Kelas ICT kali ini menekankan tentang "10 Perkara yang anda lakukan pada cuti sekolah". Untuk menarik perhatian adik-adik, topik ini telah dibuat menggunakan Microsoft Power Point. Setelah selesai, adik-adik diberi peluang untuk membentangkan slaid yang telah dibuat oleh mereka bagi melihat keberanian mereka bertutur dihadapan orang ramai.
Antara aktiviti yang telah diadakan pada hari berkenaan adalah seperti berikut :-
- Program Klik Dengan Bijak (Bahaya Fitnah)
- Microsoft Power Point (10 Perkara yang anda lakukan pada cuti sekolah)
- Sesi Pembentangan Microsoft Power Point