Sunday, 25 May 2014

MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PUTRAJAYA

Sekalung Penghargaan


YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia di Presint 9 Fasa 10 bagi mewakili 4 Pusat Internet di Putrajaya.
24 Mei 2014, Putrajaya - Empat Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) kini dibuka di Putrajaya sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan penduduk, terutama anak-anak dan suri rumah.

Daripada jumlah itu, dua Pusat telah dibuka di Presint 9 (Fasa 3 & Fasa 10), manakala masing-masing satu di Presint 16 dan Presint 18.

Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, berkata kemudahan itu disediakan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan anak-anak dan suri rumah.

Selain itu, katanya, kewujudan PI1M juga secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan menerusi tugas menyelia pusat terbabit.

"Cuma saya berharap fasiliti yang kerajaan sediakan ini dijaga sebaik mungkin seperti harta kita sendiri".

"Saya juga difahamakn pusat ini memberi kelas latihan teknologi maklumat dan latihan keusahawanan secara percuma kepada semua peringkat umur.  Dengan cara ini kita akan lebih bertanggungjawab apabila menggunakannya,"katanya.

Beliau juga berkata, beliau amat gembira kerana hasratnya untuk melihat PI1M dibuka di kawasan perumahan penjawat awam Putrajaya menjadi kenyataan.

Katanya juga, PI1M dibuka di Putrajaya hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri.

"Saya juga sudah berbincang dengan BPH dan SKMM untuk mewujudkan lebih banyak pusat seperti itu di kawasan lain termasuk sekitar PPR di Kuala Lumpur," katanya.

PI1M adalah inisiatif kerajaan bawah Bajet 2013.  Menerusi inisiatif itu, SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) terutamanya di bandar besar terpilih di seluruh negara.

Program itu dibiayai menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat selamat tiga tahun.










No comments:

Post a Comment