counter

Wednesday 11 February 2015

KENDURI 1 WILAYAH PERSEKUTUAN

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia..Salam 1 Putrajaya...


          Pada 7 Febuari 2015, Sabtu telah berlangsungnya Kenduri 1 Wilayah Persekutuan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan UMNO Putrajaya. Majlis ini dimulakan seawal 7:00 pagi. Majlis ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila hampir 15,000 orang penduduk dari dalam dan luar Putrajaya telah hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang bermula pada pukul 7:00 pagi ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dato’Sri (Dr.) Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya serta tetamu kehormat lain. Tujuan Pusat Internet 1 Malaysia membuka booth di Kenduri 1 Wilayah Persekutuan adalah untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya dengan warga Putrajaya. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia Putrajaya serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat warga Putrajaya untuk berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia. Dengan adanya aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet 1Malaysia Putrajaya dengan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan warga Putrajaya. Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membuka booth pada majlis berkenaan. 

         Pada majlis berkenaan Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya telah memberikan keahlian secara percuma kepada para pengunjung Kenduri 1 Wilayaha Persekutuan. Dianggarkan seramai 550 orang telah mendaftar keahlian pada majlis berkenaan. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memberi sumbangan goodies kepada Pusat Internet 1 Malaysia untuk para pengunjung. Antara goodies yang disediakan adalah buku nota, pen, kipas tangan, dan beg. Selain itu, kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia turut dibantu oleh kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memberi penerangan secara mendalam kepada para pengunjung mengenai perkhidmatan yang kami sediakan kepada komuniti setempat seperti Kelas Keusahawanan, Bengkel ICT, Program Cuti Sekolah dan banyak lagi. Di samping itu, kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya juga menyediakan borang untuk para pengunjung mendaftar dalam program dan bengkel yang akan diadakan seperti Program Simplified Facebook Marketing. YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor juga turut meluangkan sedikit masa dengan membuat kunjungan mesra di booth kami pada majlis berkenaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan serta kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang sudi turun dan memeriahkan booth kami. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada semua para pengunjung yang sudi mengunjungi booth kami di Kenduri 1 Wilayah Persekutan. 


















No comments:

Post a Comment