counter

Thursday 19 March 2015

SCHOOL BREAK FUN DAYS PROGRAM SESI II

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia

Tarikh:  19 Mac 2015
Masa:  10:00 pagi - 4:00 petang
Tempat:  Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Faas 3

Seramai 22 orang pelajar telah menyertainya..20 orang lelaki dan 2 orang perempuan

Program yang dijalankan: Program Klik dengan Bijak, Sesi Kreatif PhotoFunia dan Game Si Buta Cerdik.

Dalam program klik dengan bijak, kita didedahkan dengan cara yang betul untuk melayari internet. Apa yang boleh dilayari dan apa yang tidak boleh dilayari.  Cara melayari internet yang salah boleh mengundang pelbagai masalah dan kemungkinan perkara buruk boleh berlaku.  Jadi elakkan daripada melakukan perkara yang tidak elok.

Dalam aktiviti Sesi Kreatif PhotoFunia, ini merupakan aktiviti individu di mana mereka mengedit gambar mereka sendiri mengikut kreativiti dan minat masing-masing dengan menggunakan software PhotoFunia online.  

Dalam aktiviti Game Si Buta Cerdik pula, peserta-peserta didedahkan dengan keadaan sekeliling jika mereka hidup tanpa teman @ kawan.  Duduk seorang diri ditempat yang gelap dengan mata ditutup oleh kain.  Dalam masa yang sama juga, kita dapat lihat sejauh mana keberanian mereka untuk menghadapinya.  Ada yang nak menangis, ada yang nak terkencing.  Macam-macam gelagat adik-adik yang menyertainya.












No comments:

Post a Comment