counter

Monday 16 March 2015

SCHOOL BREAK FUN DAYS PROGRAM I

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia

Tarikh:  16 Mac 2015
Masa:  10:00 pagi - 4:00 petang
Tempat:  Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Faas 3

Seramai 24 orang pelajar telah menyertainya..22 orang lelaki dan 2 orang perempuan

Program yang dijalankan: Program Klik dengan Bijak, Logo Kumpulan dan Titian persahabatan.

Dalam program klik dengan bijak, kita didedahkan dengan cara yang betul untuk melayari internet. Apa yang boleh dilayari dan apa yang tidak boleh dilayari.  Cara melayari internet yang salah boleh mengundang pelbagai masalah dan kemungkinan perkara buruk boleh berlaku.  Jadi elakkan daripada melakukan perkara yang tidak elok.

Dalam aktiviti logo kumpulan, mereka dibahagikan dalam bentuk berkumpulan, dan mereka dikehendaki mencipta 1 logo berkumpulan mengikut kreativiti masing-masing.  Di sini kita dapat lihat kelakuan mereka, kerjasama mereka, Cara mereka berkomunikasi di antara satu sama lain.  Ini dapat mengeratkan lagi hubungan mereka.  Selain daripada itu, mereka dikehendaki membentangkan logo kumpulan masing-masing.  Daripada situ, kita dapat lihat keberanian mereka bercakap dihadapan orang ramai.

Dalam aktiviti titian persahabatan pula, kita dedahkan dengan cara mereka mencipta satu benda dengan menggunakan straw.  Nama TITIAN PERSAHABATAN diambil bagi melihat sejauh mana mereka bekerjasama antara pasukan dalam membentuk sesuatu perkara sehingga membuahkan hasil yang memuaskan.  Aktiviti ini sangat memerlukan  kreativiti dan idea yang bernas.


















No comments:

Post a Comment