Monday, 28 December 2015

Karnival Jelajah Jejak Digital (Pi1m Zone Sentral)

Karnival Jelajah Jejak Digital merupakan gabungan 6 buah Pusat Internet 1Malaysia Sentral iaitu PI1M Semenyih, PI1M Linggi, PI1M Presint 9 Fasa 3, PI1M Presint 9 Fasa 10, PI1M Presint 16 dan PI1M Presint 18. Karnival yang bertemakan “Gaya Hidup Digital” ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Seramai lebih kurang 300 penduduk setempat telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. Karnival ini telah diadakan di  Semenyih Eco-Venture Resort & Recreation pada 19 Disember 2015, Sabtu. Ia dijalankan selama 1 hari iaitu bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Karnival ini merupakan program julung-julung kalinya yang dianjurkan dengan menggabungkan 6 buah Pusat Internet 1Malaysia.

Pengunjung karnival

Tujuan Karnival Jelajah Jejak Digital yang bertemakan “Gaya Hidup Digital” ini dijalankan adalah untuk mempromosikan program-program percuma anjuran pusat internet seperti Kelas Keusahawanan dan Kelas ICT. Selain itu, karnival ini turut mendapat perhatian daripada syarikat swasta dan NGO untuk turut serta bagi memeriahkan majlis. Terdapat lebih kurang 10 buah booth telah dibuka seperti dari Maxis, MCMC, Eco-Venture Semenyih, dan sebagainya. Setiap booth yang dibuka mempunyai aktiviti mereka tersendiri khusus untuk pengunjung.

Aktiviti memprogramkan robot.

Booth Usahawan Digital

Pendaftaran dan kemaskini BR1M

POP Kuiz Klik Dengan Bijak

Program Mobile E-Waste daripada MCMC


Karnival ini dimulakan dengan sesi Pendaftaran serta Kemaskini BR1M. Selepas itu, pengunjung diberi kebebasan untuk mengunjungi booth-booth yang disediakan. Antara booth yang mendapat perhatian adalah booth MCMC. MCMC mengadakan Program Mobile E-Waste atau E-Sisa dimana program ini bertujuan untuk melupus dan mengitar semula secara mesra alam bagi peranti yang telah tamat jangka hayatnya. MCMC juga berperanan untuk menjelaskan kepada pengunjung mengenai kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah. MCMC juga telah menyediakan pendidikan asas tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih mereka. Pengunjung yang memberikan alat peranti mereka untuk dikitar semula akan diberikan goodies bag misteri daripada pihak MCMC sebagai tanda penghargaan kerana turut serta dalam program berkenaan. Selain itu, booth Maxis juga telah menarik pengunjung untuk turut serta dalam aktiviti yang mereka anjurkan. Pengunjung yang mengikuti aktiviti daripada Maxis berpeluang untuk memenangi hadiah misteri daripada Maxis. Tidak ketinggalan, PI1M juga membuka 3 booth iaitu booth Intel Learn Easy Steps (Kemahiran Berkomputer), booth Asas Keusahawanan (Usahawan Digital) serta booth Klik Dengan Bijak. Setiap booth yang ada menjalankan perbagai aktiviti menarik beserta hadiah misteri untuk pengunjung mereka. Pengunjung juga dihidangkan dengan persembahan serta Pertandingan Memprogram Robot daripada Sarmus.

Bagi memeriahkan majlis, pihak PI1M telah menyediakan sebanyak lebih kurang 17 hamper dan barang keperluan rumah sebagai hadiah untuk Cabutan Bertuah. PI1M juga telah menyumbangkan 10 Buah Netbook kepada sekolah tahfiz berhampiran. Manakala, 8 Buah Netbook telah dihadiahkan kepada 8 pengunjung yang bertuah. Pihak Eco-Venture juga turut menyumbangkan beberapa hadiah penginapan kepada pengunjung yang bertuah. Akhir sekali, Karnival Jelajah Jejak Digital diakhiri dengan sesi pengenalan kepada 6 buah PI1M Sentral dan staff pengurusan setiap PI1M serta cabutan bertuah hadiah utama iaitu Netbook.

        Salah seorang pengunjung bertuah yang memenangi Netbook

No comments:

Post a Comment