counter

Saturday 20 June 2015

PROGRAM KEUSAHAWANAN : Modul Keusahawanan Intel & Kelas Insentif Blog


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Baru-baru ini Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan  Program Keusahawanan : Modul Keusahawanan Intel & Kelas Insentif Blog. Program ini telah berlangsung pada 15 Jun 2015, Isnin lepas bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3. Ia telah dihadiri oleh seramai 8 orang kakitangan kerajaan daripada pelbagai sektor. Program ini juga telah menarik minat golongan suri rumah dan mereka yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Pihak Pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 juga turut mengambil peluang yang ada untuk memberi penerangan kepada peserta mengenai fungsi Pusat Internet 1 Malaysia dan perananya kepada komuniti setempat.

Program ini telah dibahagi kepada 2 bahagian. Pertama, Modul Keusahawanan Intel. Dalam modul ini para peserta telah didedahkan dengan 5 bahagian utama dalam keusahawanan. Pertama, Mendefinasikan Keusahawanan. Kedua, Mendefinasikan Operasi Perniagaan. Ketiga, Pemasaran. Keempat, Mengurus Aliran Tunai, dan akhir sekali kami telah menyentuh bab Menyimpan Rekod.
Setiap peserta yang hadir akan menerima Sijil Penyertaan daripada pihak Intel.

Pada sesi sebelah petang pula, para peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat Blog bagi perniagaan mereka. Rata-rata diantara mereka tidak pernah atau mengendalikan sebarang Blog. Oleh itu, mereka telah menggunakan masa yang ada untuk membuat Blog bersama-sama dengan Pihak Pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3.

Terima Kasih diucapkan  kepada semua peserta kerana telah memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan program ini. Sekian.













No comments:

Post a Comment