counter

Tuesday 9 June 2015

School Break Fun Days Program (Day 2)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada warga Putrajaya....

Program Cuti Sekolah dijalankan selama 3 hari berturut-turut dan pada hari kedua 9 Jun 2015 seramai 20 orang pelajar lelaki telah mendaftar.  Program bermula pada jam 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada Hari kedua adalah Program Klik dengan Bijak, Puzzle Mania ICT dan Straw Mania.  School Break Fun Days Program dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 dengan pelajar-pelajar di kawasan setempat.

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
Memberi pendedahan serta panduan dalam melayari laman web dan menggunakan kemudahan internet dengan cara yang betul.  Dengan ini dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat.


PUZZLE MANIA ICT
Pelajar didedahkan dengan cara berkomunikasi yang baik di antara satu sama lain.  Dalam pada itu, ini juga dapat membina hubungan dan suasana yang meriah di dalam kumpulan masing-masing.  Mereka juga saling berkongsi cara penyelesaian diantara satu sama lain..

STRAW MANIA
Pelajar dapat membina komunikasi dan dapat meningkatkan keyakinan diri.  Dalam pada itu juga, ini dapat membina hubungan di kalangan pelajar agar mereka dapat kenal siapa rakan mereka.  Ini juga dapat kita lihat, kepercayaan yang diberi antara satu sama lain.




































No comments:

Post a Comment