counter

Monday 8 June 2015

School Break Fun Days Program (Day 1)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada warga Putrajaya....

Program Cuti Sekolah dijalankan selama 3 hari berturut-turut dan pada hari pertama 8 Jun 2015 seramai 12 orang pelajar lelaki telah mendaftar.  Program bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 1:00 petang.  Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada Hari pertama adalah Program Klik dengan Bijak, Rantai Nama, Siapa Saya?, Chicken Dance dan juga Talian Persahabatan.  School Break Fun Days Program dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 dengan pelajar-pelajar di kawasan setempat.

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
Memberi pendedahan serta panduan dalam melayari laman web dan menggunakan kemudahan internet dengan cara yang betul.  Dengan ini dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat.

RANTAI NAMA
Pelajar didedahkan dengan cara berkomunikasi yang baik di antara satu sama lain.  Dalam pada itu, ini juga dapat membina hubungan dan suasana yang meriah di dalam kumpulan masing-masing.

SIAPA SAYA?
Pelajar dapat membina soft skills dalam komunikasi serta dapat meningkatkan keyakinan diri.  Dalam pada itu juga, ini dapat membina hubungan di kalangan pelajar agar mereka dapat kenal siapa rakan mereka.

CHICKEN DANCE
Senaman dilakukan bagi memeriahkan lagi program cuti sekolah ini.

TALIAN PERSAHABATAN
Pelajar dapat mengenali rakan-rakan baru mereka dengan lebih mendalam dengan cara mendapatkan tarikh lahir, makanan kegemaran, minuman kegemaran, warna kegemaran dan sebagainya.




















































No comments:

Post a Comment