counter

Sunday 23 November 2014

BENGKEL KEUSAHAWANAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PRESINT 9 FASA 3

Assalamualaikum...Morning...Pagi Ahad yang mendamaikan...menenangkan...menyejukkan..mesti ramai yang masih terlentok..terlena..=)


Semalam berlangsungnya Bengkel Keusahawanan yang pertama dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 untuk komuniti setempat.  Bengkel ini diadakan pada hari Sabtu, 22 November 2014.  Seramai 12 orang peserta telah mendaftar pada hari tersebut.  Sasaran bengkel keusahawanan ini lebih kepada komuniti setempat yang berumur18 tahun ke atas.

Tujuan bengkel keusahawanan ini diadakan adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjalankan perniagaan mereka sendiri.  Selain daripada itu, bengkel ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang kaitan diantara teknologi dan keusahawanan kepada komuniti setempat. 

Matlamat bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang teknologi maklumat dan keusahawanan kepada mereka. Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minat komuniti setempat untuk menjalankan perniagaan sendiri dan mereka juga diberikan peluang untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain.  

Objektif utama bengkel ini adalah untuk menggalakkan komuniti setempat menceburi bidang keusahawanan dan dalam masa yang sama dapat mempraktikkan ilmu keusahawanan tersebut untuk masa hadapan.

Aktiviti yang dijalankan adalah ice breaking session, pengenalan tentang keusahawanan, pengenalan kepada Microsoft Word dan juga Microsoft Power Point.  Sesi perkongsian ilmu ini lebih kepada pengenalan kepada peserta cara untuk membuat kad jemputan, risalah, kad perniagaan, kain rentang, pembentangan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk membangunkan perniagaan mereka akan datang.  Dalam masa yang sama juga, ini dapat memberika mereka lebih pengetahuan tentang kegunaan teknologi untuk keusahawanan.
















No comments:

Post a Comment