counter

Sunday 2 November 2014

LATIHAN PENGENALAN MENGENAI MICROSOFT POWER POINT

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia kepada semua..

Harini 2 November 2014 pada jam 4:00 petang sehingga 5:00 petang telah diadakan Latihan Pengenalan mengenai Microsoft Power Point dan disertai oleh 10 orang pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah...

Aktiviti yang diadakan adalah ice breaking session, program klik dengan bijak dan microsoft power point.  Tujuan Latihan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan memahami penggunaannya dengan lebih meluas.  Selain daripada itu, latihan ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam tentang teknologi kepada pelajar-pelajar sekolah.


Matlamat latihan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknologi maklumat kepada mereka. Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain.  Objektif utama Latihan ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya dapat mempraktikkan ilmu tersebut untuk masa hadapan.







No comments:

Post a Comment