counter

Thursday 27 November 2014

LATIHAN MICROSOFT POWER POINT

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia....

Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Latihan Microsoft Power Point untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.  Latihan ini telah diadakan pada hari Khamis, 27 November 2014, jam 11:00 pagi sehingga 1:00 petang di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3.  Seramai 10 orang peserta telah mendaftar pada hari tersebut.  Sasaran latihan ini lebih kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti di musim cuti persekolahan ini.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan memahami penggunaannya dengan lebih meluas.  Selain daripada itu, latihan ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam tentang teknologi kepada pelajar-pelajar sekolah.  Matlamat latihan ini adalha untuk memberi pendedahan tentang teknologi maklumat kepada mereka.  Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain.  Objektif utama latihan ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya dapat mempraktikkan ilmu tersebut untuk masa hadapan.

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah ice breaking session, pengenalan kepada program klik dengan bijak, microsoft power point dan sesi pembentangan bagi setiap orang.  Sesi pembentangan ini dilakukan supaya dapat melihat sejauh mana keberanian setiap individu bagi berhadapan dengan orang ramai satu hari nanti.  Dalam masa yang sama juga, ini dapat memberikan mereka lebih pengetahuan tentang kegunaan teknologi pada masa kini.

Selain itu juga, aktiviti individu juga disediakan bagi memberikan pelajar-pelajar peluang untuk melaksanakan secara praktikal dan hendaklah dibentangkan secara individu.  Secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.























No comments:

Post a Comment